Saturday, 18 March 2017

QUOTES OF LIFE (KATA-KATA KEHIDUPAN)


    



Setiap kata-kata mampu mengubah setiap rasa, perkongsian ini merupakan satu titik kebahagiaan buat yang membaca. Mungkin harini bukanlah hari yang baik buat kita, tetapi tetaplah melangkah agar ianya dapat merakam sedikit memori yang mampu membawa kebahagiann kepada mu. 💖

Diharapkan dengan sedikit kata-kata yang dicoretkan mampu mengubah hari yang suram kepada beribu kebahagiaan.



Biarkan masa membawa perihnya rasa,
Agar aku bisa tetapkan semula,
Biar hati hancur dek luka,
Asal aku tetap bisa tersenyum semula.
 - Nrlhdyh

Setiap dari manusia pastinya pernah merasa terluka , jadi tetaplah melangkah kehadapan agar setiap luka yang tercoret bisa sembuh kembali.

Ketika dirimu mula merasa derita,
Ingatlah Tuhan sentiasa ada untukmu,
Luahkan keperihan itu,
Agar hilang kesengsaraan yang terbuku.
-Nrlhdyh

Sentiasa bepegang, jika merasakan tiada yang peduli kepadamu, ingatlah Tuhan sentiasa bersamamu. 

Senyumlah saat dirimu merasa kecewa,
Senyumlah andai hati tiada yang tersisa.
Senyumlah saat hati gundah gelana,
Kerana dengan senyuman ia dapat memulihkan rasa.
-Nrlhdyh

Sentiasalah tersenyum wahai si cantik, kerana senyuman dapat memberikan kebahagiaan kepada mereka yang menderita.

Disaat kau hilang arah,
ingatlah masih ada yang terarah,
Disaat kau mula kecewa,
Ingatlah masih ada yang mahu menerima,
-Nrlhdyh


Ingatlah wahai yang sentiasa memendam rasa, dikau terlalu istimewa. Tetaplah memberikan yang terbaik untuk dirimu dan mereka yang sentiasa memerlukan.