
Diharapkan dengan sedikit kata-kata yang dicoretkan mampu mengubah hari yang suram kepada beribu kebahagiaan.
Biarkan masa membawa perihnya rasa,
Agar aku bisa tetapkan semula,
Biar hati hancur dek luka,
Asal aku tetap bisa tersenyum semula.
- Nrlhdyh
Setiap dari manusia pastinya pernah merasa terluka , jadi tetaplah melangkah kehadapan agar setiap luka yang tercoret bisa sembuh kembali.
Ketika dirimu mula merasa derita,
Ingatlah Tuhan sentiasa ada untukmu,
Luahkan keperihan itu,
Agar hilang kesengsaraan yang terbuku.
-Nrlhdyh
Sentiasa bepegang, jika merasakan tiada yang peduli kepadamu, ingatlah Tuhan sentiasa bersamamu.
Senyumlah saat dirimu merasa kecewa,
Senyumlah andai hati tiada yang tersisa.
Senyumlah saat hati gundah gelana,
Kerana dengan senyuman ia dapat memulihkan rasa.
-Nrlhdyh
Sentiasalah tersenyum wahai si cantik, kerana senyuman dapat memberikan kebahagiaan kepada mereka yang menderita.
Disaat kau hilang arah,
ingatlah masih ada yang terarah,
Disaat kau mula kecewa,
Ingatlah masih ada yang mahu menerima,
-Nrlhdyh
Ingatlah wahai yang sentiasa memendam rasa, dikau terlalu istimewa. Tetaplah memberikan yang terbaik untuk dirimu dan mereka yang sentiasa memerlukan.